Khamis, 28 Mac 2013


SOALAN 1
 Anda telah didedahkan dengan profil guru pendidikan seni visual yang berkesan. Sila huraikan dengan ringkas ciri-ciri guru berkesan. 

Berdasarkan sikap-sikap seseorang guru yang memperlihatkan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan seseorang guru pendidikan seni itu cemerlang antaranya amanah dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Guru itu hendaklah menepati masa dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Selain itu juga memiliki sifat seperti karisma dan berintegriti. Seseorang guru yang cemerlang  tahu dan sedar akan tanggungjawabnya. Di samping itu juga boleh menyumbang kepada sekolah kearah kemajuan. Ciri guru yang berkesan juga memiliki pelbagai teknik pengajaran yang mampu menghidupkan suasana pembelajaran serta mampu memahamkan pelajarnya. Seseorang guru pendidikan seni yang cemerlang juga mampu memanfaatkan dan menyumbangkan bakat dan daya kreativitinya kearah kecemerlangan pelajar dan sekolahnya.




SOALAN 2
2. Sila huraikan bagaimana Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan pelajar-pelajar yang holistik dari segi JERIS.

Pendidikan seni visual ini sememangnya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosialnya. Ini dapat dilihat pendidikan seni itu dapat menjana daya kreativiti seseorang pelajar. Sesuatu penghasilan seni itu membawa pelbagai maksud yang tertentu, seperti membawa simbolik semangat patritisme, kerjasama ,perpaduan, toleransi, kecintaan, keindahan alam, ketuhanan dan sebagainya. Jelas dilihat pada maksud-maksud di atas  mempamerkan seseorang individu itu melengkapi dan holistic JERISnya. Dalam penghasilan sesuatu karya seni amat dititikberatkan aspek-aspek moral yang positif dan mampu membawa makna kearah kemajuan. Pendidikan seni bukan sahaja mengajar pandai melukis sahaja, tetapi juga menerapkan pelbagai unsur moral dalam diri setiap pelajar untuk diterjemahkan melalui karya-karya seni dan lukisannya. 

Jumaat, 22 Mac 2013


11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)

 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

TUGASAN

Soalan : kaitan antara cabang falsafah dengan falsafah pendidikan kebangsaan

            Sememangnya terdapat hubungkait antara cabang falsafah dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Antara cabang falsafah yang dimaksudkan itu adalah epistimologi, logik. Aksiologi, dan metafizik. Kesemua cabang falsafah ini dapat dikaitkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Antaranya jika dilihat matlamat falsafah pendidikan kebangsaan itu sendiri adalah untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sahsiah, juga untuk melahirkan insan yang berketerampilan, bermoral tinggi, mampu bersaing,berwawasan serta mempunyai matlamat yang jitu. Dalam cabang-cabang falsafah juga terkandung aspek yang mempengaruhi falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam semua cabang falsafah tersebut mengandungi aspek yang menyokong kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam membina sahsiah, moral dan keperibadian yang tinggi bagi seseorang pelajar, cabang falsafah ini berkait rapat terutamanya falsafah aksiologi. Falsafah pendidikan kebangsaan  juga ingin melahirkan modal insan yang berfikiran terbuka,mampu menyelesaikan masalah,  berdaya saing dan berwawasan, di sini dapat dilihat perkaitannya dengan cabang falsafah, terutamanya bagi falsafah logik. kesemua aspek yang terkandung dalam cabang-cabang falsafah tersebut mampu mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan yang dilihat membantu mengembangkan matlamat pendidikan Negara. Cabang-cabang falsafah tersebut diumpamakan sebagai panduan kepada falsafah pendidikan kebangsaan untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.



Soalan :analisis falsafah pendidikan kebangsaan dengan merujuk kepada pelbagai cabang falsafah.

Terdapat pelbagai cabang falsafah antaranya seperti metafizik, epistimologi, aksiologi, dan logik. sememangnya jika dianalisis satu persatu setiap cabang falsafah ini dapat dikaitkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan, menekankan pemilihan ilmu yang sesuai untuk diajarkan kepada pelajar, maklumat-maklumat yang terkini dan ilmu yang mampu memberi impak dan daya saing yang tinggi, ini berkait rapat dengan falsafah epistimologi yang berkaitan dengan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajar dan dipelajari. Falsafah pendidikan kebangsaan juga berkaitan dengan melahirkan generasi yang bermoral , berakhlak mulia, beriman dan amanah, ini berkait dengan cabang falsafah aksiologi yang berhubungkait dengan nilai seperti etika dan agama. Falsafah pendidkan kebangsaan juga berkaitan dengan mewujudkan modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis serta mampu menyelesaikan masalah, ini dapat dikatkan dengan cabang falsafah logik yang dimana tentang pemikiran tepat,teliti dan sistematik.


Khamis, 21 Mac 2013



Tugasan 


Behaviour learning (teori tingkah laku)
Mengikut pendekatan  teori  tingkahlaku ,  setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran  yang  berlaku  akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas  serta peneguhanMenurut  (Hartley & Davies, 1978 )  beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi:
  • ·       Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya
  • ·       Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan  dapat memberikan respon tertentu;
  • ·       Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon  yang  diberikannya telah benar;
  • ·       Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan  cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian.  Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana  perkaitan antara keduanya  adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku  memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer.



Cognitive development learning
Teori pembelajaran kognitif, merupakan salah satu teori belajar yang menyatakan bahwa “belajar merupakan suatu peristiwa mental yang berhubungan dengan berfikir, perhatian, persepsi, pemecahan masalah dan kesadaran”. Congnitive development learning juga berkaitan dengan hubungan logik dan rasional yang melibatkan proses perolehan atau perubahan dari dalam (insight), pandangan (outlook), harapan-harapan atau pola-pola berfikir. Perilaku belajar kognitif lebih memberikan perhatian pada proses-proses mental, yaitu pengorganisasian persepsi untuk memperoleh pemahaman, memberikan pemecahan masalah melalui aktiviti intelektual menafsirkan hal-hal yang konkrit menuju pemahaman yang abstrak. Jadi orientasi penerapan teori ini ditujukan untuk membantu pelajar menemukan pemahaman atas suatu masalah secara signifikan. Antara beberapa kebaikan teori congnitive development learning ini seperti :
1.    Pengetahuan yang diperoleh lebih bertahan lama atau lebih mudah diingat karena perolehannya terjadi melalui proses kesedaran.
2.    Hasil belajarnya memiliki efek transfer yang lebih baik, karena diperoleh secara melalui pengalaman bermakna bukan sekedar hafalan.
3.    Menciptakan kematangan intelektual untuk memecahkan masalah tanpa bantuan orang lain dan menumbuhkan motivasi untuk bekerja terus mencari jawapan.
4.    Meningkatkan penalaran dalam memanipulasi informasi sehingga memberikan efek residu yang kelak memudahkan proses belajar selanjutnya.


humanistic learning :
Menurut teori humanistik,  tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini beruaha memahami prilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatannya. Menurut teori humanistik, proses belajar harus dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, teori belajar humanistik sifatnya lebih abstrak dan lebih mendekati bidang kajian filsafat, teori kepribadian, dan psikoterapi, daripada bidang kajian kajian psikologi belajar. Teori humanistik sangat mementingkan seseorang pelajat itu daripada proses belajar itu sendiri. Teori belajar ini lebih banyak berbicara tentang konsep-konsep pendidikan untuk membentuk manusia yang dicita-citakan, serta tentang proses belajar dalam bentuknya yang paling ideal. Dengan kata lain, teori ini lebih tertarik pada pengertian belajar dalam bentuknya yang paling ideal dari pada pemahaman tentang proses belajar sebagaimana apa adanya, seperti yang selama ini dikaji oleh teori-teori belajar lainnya. Teori humanstik berpendapat bahwa belajar apapun dapat dimanfaatkan, asal tujuannya untuk memanusiakan manusia yaitu mencapai aktualisasi diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal.









Refleksi
Pada minggu ini saya mempelajari dan didedahkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan, cabang-cabang falsafah. Saya juga mempelajari sesuatu iaitu tentang tanggungjawab seseorang pendidik, bagaimana seseorang pendidik itu memainkan peranan terhadap muridnya, sekolah, masyarakat dan Negara. Jelas bagi saya bahawa tugas sebagai pendidik itu bukanlah mudah dan memerlukan kesungguhan dan tanggungjawab yang besar. Saya juga didedahkan bagaimana falsafah pendidikan kebangsaan berkait dengan cabang-cabang falsafah. Saya juga mempelajari tentang teknik-teknik atau landasan-landasan yang diambil oleh guru dalam menyampaikan pengajarannya supaya berkesan dan memberi impak kepada pelajar.