Jumaat, 22 Mac 2013


TUGASAN

Soalan : kaitan antara cabang falsafah dengan falsafah pendidikan kebangsaan

            Sememangnya terdapat hubungkait antara cabang falsafah dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Antara cabang falsafah yang dimaksudkan itu adalah epistimologi, logik. Aksiologi, dan metafizik. Kesemua cabang falsafah ini dapat dikaitkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Antaranya jika dilihat matlamat falsafah pendidikan kebangsaan itu sendiri adalah untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sahsiah, juga untuk melahirkan insan yang berketerampilan, bermoral tinggi, mampu bersaing,berwawasan serta mempunyai matlamat yang jitu. Dalam cabang-cabang falsafah juga terkandung aspek yang mempengaruhi falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam semua cabang falsafah tersebut mengandungi aspek yang menyokong kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam membina sahsiah, moral dan keperibadian yang tinggi bagi seseorang pelajar, cabang falsafah ini berkait rapat terutamanya falsafah aksiologi. Falsafah pendidikan kebangsaan  juga ingin melahirkan modal insan yang berfikiran terbuka,mampu menyelesaikan masalah,  berdaya saing dan berwawasan, di sini dapat dilihat perkaitannya dengan cabang falsafah, terutamanya bagi falsafah logik. kesemua aspek yang terkandung dalam cabang-cabang falsafah tersebut mampu mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan yang dilihat membantu mengembangkan matlamat pendidikan Negara. Cabang-cabang falsafah tersebut diumpamakan sebagai panduan kepada falsafah pendidikan kebangsaan untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.



Soalan :analisis falsafah pendidikan kebangsaan dengan merujuk kepada pelbagai cabang falsafah.

Terdapat pelbagai cabang falsafah antaranya seperti metafizik, epistimologi, aksiologi, dan logik. sememangnya jika dianalisis satu persatu setiap cabang falsafah ini dapat dikaitkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan, menekankan pemilihan ilmu yang sesuai untuk diajarkan kepada pelajar, maklumat-maklumat yang terkini dan ilmu yang mampu memberi impak dan daya saing yang tinggi, ini berkait rapat dengan falsafah epistimologi yang berkaitan dengan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajar dan dipelajari. Falsafah pendidikan kebangsaan juga berkaitan dengan melahirkan generasi yang bermoral , berakhlak mulia, beriman dan amanah, ini berkait dengan cabang falsafah aksiologi yang berhubungkait dengan nilai seperti etika dan agama. Falsafah pendidkan kebangsaan juga berkaitan dengan mewujudkan modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis serta mampu menyelesaikan masalah, ini dapat dikatkan dengan cabang falsafah logik yang dimana tentang pemikiran tepat,teliti dan sistematik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan