Isnin, 13 Mei 2013


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUN 4 YANG BERFOKUSKAN MURID

NAMA: WAN MUHAMMAD A’LIMI BIN WAN ZAINUL ADRUDDIN (JEE120019)

MATA PELAJARAN : Pendidikan Seni Visual
TAHUN : Tahun 4 Bakti
BILANGAN MURID : 30 orang
MASA : 10.00 am – 11.00 am
BIDANG KEGIATAN : Rekaan dan Corak
AKTIVITI : CAPAN
TAJUK :  Membuat rekaan corak dengan menggunakan teknik capan menggunakan sayur sayuran
                (corak kain langsir)
MASA : 1JAM (60 MINIT)


1) Aturcara pengajaran :

·       Aras 1

Ø Memikirkan , memerhati, memilih, dan mengkaji jenis sayur-sayuran yang sesuai
Digunakan dan lapisan kelopak yang menarik


·       Aras 2

Ø  Berbincang dalam kumpulan tentang cara untuk memotong sayur- sayuran supaya cap kelihatan menarik (contoh potongan melintang atau menegak)






·       Aras 3

Ø Berbincang untuk mencipta dan melakar corak yang sesuai dan menarik (contoh lakaran corak berselang seli, berlajur atau berjidar)

·       Aras 4

Ø Membentangan hasil kerja iaitu murid-murid membentangkan hasil mereka di hadapan pelajar lain tentang hasil kerja yang dilakukan.

  2)  Objektif

  1. ·       Meningkatkan kteativiti dan daya imaginasi pelajar
  2. ·       Meningkatkan kemahiran mencipta corak mengikut kreativiti
  3. ·       Menyedari kepelbagaian jalinan pada keratan rentas sayur-sayuran




  3)    Aktiviti pengajaran

·       Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sehelai kain kosong tanpa corak untuk dicap mengikut kreativiti sehingga menjadi corak kain langsir yang menarik.  Setiap kumpulan harus mencipta corak mengikut kreativiti dan kepelbagaian setiap kumpulan. Setiap kumpulan bebas untuk memilih jenis sayuran untuk dicap pada permukaan kain mengikut kreativiti setiap kumpulan. Masa pengajaran selama 1 jam. 10 minit pertama guru akan memberi penerangan tentang teknik untuk menghasilkan teknik ini serta menayangkan video. 10 minit terakhir setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja kepada kumpulan pelajar lain.









  4)    Teknik

·       Teknik perbincangan

Pelajar akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan dikehendaki berbincang untuk menghasilkan kerja mereka. Perbincangan masih di bawah pemerhatian guru. Sapek perbincangan itu juga tidak keluar dari tajuk yang dibincangkan


·       Teknik soal jawab

Guru akan mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar mengenai tajuk yang dibincangkan .


·       Teknik brainstorming

Para pelajar bebas untuk menggunakan idea dan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan corak yang menarik dan sesuai bagi kain langsir.





    5)     Strategi pengajaran

·       Pengurusan masa

Guru membahagikan masa dengan baik dan sempurna supaya segala aktiviti yang dirancang selama 1 jam berjalan lancar. Masa pengajaran selama 1 jam diatur secara berkesan oleh guru. Kelas berakhir dengan pembentangan hasil kerja seni oleh pelajar.


·       Spesifikasi
Guru akan membuat persediaan awal sebelum mengajar. Alat bantu mengajar mestilah lengkap supaya segala aktiviti berjalan lancar. Guru akan menerangkan secara terperinci mengenai bahan-bahan yang digunakan serta cara-cara untuk menghasilkan teknik capan tersebut agar pelajar memahami dan mencapai objektif pembelajaran.

      6)     Bahan bahan yang diperlukan

1.    Sayur-sayuran (bendi, kubis, bawang merah, pelepah pisang, akar teratai, dan sebagaiya)
2.    Kain
3.    Pisau
4.    Warna air
5.    Berus warna
6.    Bekas warna
7.    Bekas air






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan