Sabtu, 11 Mei 2013


Refleksi minggu ke 6
Pada minggu ini saya mempelajari pelbagai pendekatan-pendekatan kurikulum. Pada minggu ini juga saya didedahkan dengan ciri-ciri seoarang guru yang cemerlang. Seorang guru itu mestilah bersikap terbuka dan bijak dalam mengatur pengajaran dan pembelajarannya. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Guru dianggap sebagai role model terhadap pelajar. Saya juga didedahkan dengan sikap kreatif dan inovatif yang perlu ada pada seorang guru. Seseorang pendidik haruslah memiliki kreativiti dan inovatif yang tersendiri dalam usaha untuk menarik minat para pelajarnya terhadap perkara yang diajar dan diterangkan.

Refleksi minggu ke 7
Minggu ini telah dijalankan pembentangan di antara dua kumpulan. Daripada hasil pembentangan kedua-dua kumpulan itu telah memberikan banayak maklumat berkaitan dengan teknik,kaedah, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara yang dibincangkan berkenaan dengan pembentangan tersebut telah menambah lagi pengetahuan saya berkaitan  dengan dunia pendidikan ini. Ilmu pengatahuan dan maklumat yang saya dapat pada minggu ini amat menarik dan sangat berguna bagi saya. Dengan adanya pelbagai pendekatan, teknik, strategi ,dan kaedah yang dinyatakan dan dibincangkan dalam pembentangan minggu ini bagi saya akan dapat melancarkan lagi proses pembelajaran dan membantu seseorang pendidik itu mencapai objektif pengajarannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan