Khamis, 28 Mac 2013


SOALAN 1
 Anda telah didedahkan dengan profil guru pendidikan seni visual yang berkesan. Sila huraikan dengan ringkas ciri-ciri guru berkesan. 

Berdasarkan sikap-sikap seseorang guru yang memperlihatkan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan seseorang guru pendidikan seni itu cemerlang antaranya amanah dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Guru itu hendaklah menepati masa dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Selain itu juga memiliki sifat seperti karisma dan berintegriti. Seseorang guru yang cemerlang  tahu dan sedar akan tanggungjawabnya. Di samping itu juga boleh menyumbang kepada sekolah kearah kemajuan. Ciri guru yang berkesan juga memiliki pelbagai teknik pengajaran yang mampu menghidupkan suasana pembelajaran serta mampu memahamkan pelajarnya. Seseorang guru pendidikan seni yang cemerlang juga mampu memanfaatkan dan menyumbangkan bakat dan daya kreativitinya kearah kecemerlangan pelajar dan sekolahnya.




SOALAN 2
2. Sila huraikan bagaimana Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan pelajar-pelajar yang holistik dari segi JERIS.

Pendidikan seni visual ini sememangnya mampu melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosialnya. Ini dapat dilihat pendidikan seni itu dapat menjana daya kreativiti seseorang pelajar. Sesuatu penghasilan seni itu membawa pelbagai maksud yang tertentu, seperti membawa simbolik semangat patritisme, kerjasama ,perpaduan, toleransi, kecintaan, keindahan alam, ketuhanan dan sebagainya. Jelas dilihat pada maksud-maksud di atas  mempamerkan seseorang individu itu melengkapi dan holistic JERISnya. Dalam penghasilan sesuatu karya seni amat dititikberatkan aspek-aspek moral yang positif dan mampu membawa makna kearah kemajuan. Pendidikan seni bukan sahaja mengajar pandai melukis sahaja, tetapi juga menerapkan pelbagai unsur moral dalam diri setiap pelajar untuk diterjemahkan melalui karya-karya seni dan lukisannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan