Khamis, 21 Mac 2013





Refleksi
Pada minggu ini saya mempelajari dan didedahkan dengan falsafah pendidikan kebangsaan, cabang-cabang falsafah. Saya juga mempelajari sesuatu iaitu tentang tanggungjawab seseorang pendidik, bagaimana seseorang pendidik itu memainkan peranan terhadap muridnya, sekolah, masyarakat dan Negara. Jelas bagi saya bahawa tugas sebagai pendidik itu bukanlah mudah dan memerlukan kesungguhan dan tanggungjawab yang besar. Saya juga didedahkan bagaimana falsafah pendidikan kebangsaan berkait dengan cabang-cabang falsafah. Saya juga mempelajari tentang teknik-teknik atau landasan-landasan yang diambil oleh guru dalam menyampaikan pengajarannya supaya berkesan dan memberi impak kepada pelajar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan